Sabtu, 13 Februari 2016

rezeki yang diberkati Allah

Segala puji bagi Allah, seru sekalian alam, yang memberikan limpahan kasih sayangNYA yang tidak terkira, begitu banyak nikmat yang Allah beri kepada kita, melalui nikmat inilah kita dapat merasakan dan mengetahui rezeki kita diberkati Allah, untuk mendapatkan keberkatan dalam rezeki, mintalah kepada Allah, agar diberi rezeki yang diberkati, seseorang yang mendapatkan rezeki yang diberkati Allah, akan merasakan nikmatnya sewaktu makan dan minum, saat ia makan ia akan merasakan sedapnya makanan yang dimakan, walaupun sedikit yang  dimakannya akan cepat  merasakan kenyang.
keberkatan rezeki datangnya dari pencarian rezeki yang halal, kerelaan hati dan keikhlasan dalam mencari rezeki Allah, dan dari seorang isteri yang memasakan atau dari seorang ibu ataupun dari seorang ayah.

Rezeki itu terlalu banyak, dan rezeki terbahagi kepada dua, iaitu rezeki zahir yang datang dari luaran kita seperti: rezeki wang, rezeki makan, rezeki minum, rezeki ilmu, rezeki berteman, rezeki beristeri atau bersuami,rezeki penglihatan, rezeki pendengaran, rezeki pakaian, rezeki tempat tinggal dll
dan Rezeki batin yang datang dari dalam kita, sepertinya rasa nikmat yang bertambah, rezeki ilham, dll

semua rezeki ini akan diberkati Allah dengan menjalani hati yang penuh kerelaan , keikhlasan, kejujuran, kedermawaan, budi pekerti dan dengan kebijaksanaan.

Khamis, 4 Februari 2016

Cara menguasai fikiran anda

Asalammualaikum & selamat malam,
Kepada yang hadir, terima kasih sebanyak-banyaknya,
Ada banyak cara untuk mengawali fikiran, salah satu sebab kita perlu mengawal fikiran kita, apabila kita mulai hilang fokus dengan apa yang kita kerjakan atau sesuatu tujuan kita, yang mana fokus kita apabila mulai berkurangkan hasil daripada tindakan kita, memberikan hasil yang kurang memuaskan,

Pertama sekali kita perlu rela dengan kehidupaan kita saat ini, relalah walauapapun yang telah menimpa diri kita,

Kedua, kita pasrahkan segalanya pada yang Maha Kuasa, semuga di berikan jalan penyelesaian segala permasalahan hidup yang di alami dengan kehendaknya terbaik,

Ketiga kita memberi kemaafan kepada sekalian yang telah menyakitkan hati dan perasaan kita dengan ikhlasnya, dan mendoakan agar mereka dapat merasakan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

Keempat,
Kita mulai menerima segala-galanya dengan positif, berfikir positif dan berbaik sangka,

Kelima,
Lakukanlah meditasi, 15minit sebelum tidur dan 15 minit selepas bangun tidur,
Cara-cara meditasi lakulanlah di kawasan yang anda rasakan tenang, duduk dalam keadaan yang anda selesa, terpulang posisi anda ingin duduk yang selesa, selama 15 minit tarikan nafas pertama, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan, setiap tarikan nafas anda merasakan ketenangan yang amat dalam, lakukanlah seminggu dengan izin yang Maha Kuasa, anda akan dapat mengendali pemikiran dengan lebih baik daripada sebelumnya.
Semuga memberikan manfaat buat semuanya.
Walaikumsalam & selamat malam.
Kehidupan anda akan berubah apabila anda mengubah cara berfikir anda.